Friday 20 January 2012

ikan laga siam

ikan pelaga
Siapa pernah main ikan laga siam atau pun juga di kenali dengan ikan pelaga??? Teringat kisah dulu dulu, masa kecil kami kat kampong suka main ikan laga siam ni. Geng kami tangkap sendiri kat hutan nipah kat belakang rumah. Masa dulu selepas balik sekolah mesti nak lawan ikan nie. Ikan siapa yang pukul kuat di kira hebat la. Lawan sampai lebam badan dia dan koyak habis sirip dan ekor dia yang cantik tu. Kesian ikan tukan. Tapi bahagian yang koyak tu akan bersambung balik nanti cuma makan masa. Tapi untuk bagi cepat sembuh ada petua untuk cepatkan bahagian yang koyak tu bersambung balik iaitu dengan letak daun pisang kelat atau daun ketapang yang kering dalam air ikan laga tersebut. Memang berkesan, cepat saja baik.
Tapi masa tu kecil lagi bukan tahu apa apa pun. Lepas tu baru orang tua cakap kalau kita main lawan ikan laga siam, nanti di akhirat nanti kita akan dibalas semacam apa yang kita lakukan kepada dia. Baru lah kami sedar selepas tu..hehehe.
Kalau bela untuk hiasan takde masalah, jangan lawan berlaga cukup lah. Ikan laga siamatau di kenali sebagai ikan karin di sebelah utara memang mudah didapati di dalam parit dan bendang. Kami dulu hanya tahan dalam tin tin buruk di tepi tepi parit, memang banyak ikan lagasiamyang masuk. Kemudian bela dalam botol kicap kaca atau botol air cap badak yang putih tu.
Kalau nak cari dalam hutan nipah tu memang senang, tengok ada buih ikan dalam celah celah pokok nipah tu, memang dia la. Kalau buih putih maknanya dia baru masuk, tapi kalau buih tu macam berkarat dia memang dah lama duduk dalam celah nipah tu. Tapi nak cari dalam hutan nipah nie agak bahaya sebab banyak ular, ular senduk pun ada, kadang kadang silap gagau kena sepit dengan ketam. Memang agak bahaya kalau nak cari ikan pelaga siam dalam hutan nipah. Jadi untuk selamat, geng kami tahan tin buruk untuk cari ikan pelagasiamnie demi untuk keselamatan.
Setiap hari ikan laga nie mesti kena bagi makan sebab dah belakan. Ikan laga siam nie kalau nak cantik dan kuat kami bagi makan anai anai atau telur semut,memang power dan kembang dan warna dia pun cantik. Tapi susah la sikit nak cari makanan pada masa tu. Ikan laga siam masa tu tak makan dedak ikan macam sekarang nie sebab dia tak lalu. Lagi satu kalau anai anai dan telur semut habis, saya akan bagi dia makan isi ikan kembong goreng, tapi masalahnya air dia akan cepat berminyak dan perlu selalu di tukar. Jadi memang selalu kena cari sumber makanan asli dia.
Musuh utama ikan laga siam ini ialah cicak, cicak suka sangat makan ikan nie. Cicak nie akan pancing dengan ekor dia, tengok tengok esok dah hilang sekor. Jadi untuk selesaikan masalah tersebut, mulut botol tersebut terpaksa di tutup dengan plastik dan diikat dengan getah, dan buat lubang lubang kecil dengan lidi penyapu untuk bagi oksigen kat ikan tu, kalau tak buat lubang mati ikan tu nanti.
Tapi lagi terukkan nak cerita kat sini, geng tua tua yang kaki judi lagi teruk, diaorang bela ikan lagasiam nie untuk bertaruh. Mereka bertaruh duit untuk lawan ikan laga nie. Sampai tahap berjudi, dah la seksa ikan, berjudi lagi, tambah lagi dosa. Kami hanya main suka suka tanpa duit, tapi diaorang lagi teruk sampai berjudi. Kami masa tu budak budak lagi mana boleh nak berfikir lagi, tapi diaorang dah tua pun tak boleh nak fikir..
Tapi sekarang nie tengok budak budak kat kampong pun dah tak main ikan laga siam nie, mereka dah tak minat macam budak budak dulu. Kalau ada yang minat pun pergi beli kat kedai ikan hiasan, mana mencabar macam tu. Tak sama macam dulu lagi, kalau cuti kami ramai ramai berkumpul untuk bersama-sama tanding ikan laga siam nie. Tapi main senyap senyap jer, takut kena halau dengan orang tua. Budak budak sekarang lebih suka jalan jalan naik motor keliling kampong atau main game atau internet kat umah. Zaman memang dah berubah sangat sangat. Dulu ada buku cerita masa sekolah rendah cerita tentangikan laga siam nie, saya antara yang pinjam buku tu untuk baca hehehe…

No comments:

Post a Comment