Friday 20 January 2012

ikan laga siam

ikan pelaga
Siapa pernah main ikan laga siam atau pun juga di kenali dengan ikan pelaga??? Teringat kisah dulu dulu, masa kecil kami kat kampong suka main ikan laga siam ni. Geng kami tangkap sendiri kat hutan nipah kat belakang rumah. Masa dulu selepas balik sekolah mesti nak lawan ikan nie. Ikan siapa yang pukul kuat di kira hebat la. Lawan sampai lebam badan dia dan koyak habis sirip dan ekor dia yang cantik tu. Kesian ikan tukan. Tapi bahagian yang koyak tu akan bersambung balik nanti cuma makan masa. Tapi untuk bagi cepat sembuh ada petua untuk cepatkan bahagian yang koyak tu bersambung balik iaitu dengan letak daun pisang kelat atau daun ketapang yang kering dalam air ikan laga tersebut. Memang berkesan, cepat saja baik.
Tapi masa tu kecil lagi bukan tahu apa apa pun. Lepas tu baru orang tua cakap kalau kita main lawan ikan laga siam, nanti di akhirat nanti kita akan dibalas semacam apa yang kita lakukan kepada dia. Baru lah kami sedar selepas tu..hehehe.
Kalau bela untuk hiasan takde masalah, jangan lawan berlaga cukup lah. Ikan laga siamatau di kenali sebagai ikan karin di sebelah utara memang mudah didapati di dalam parit dan bendang. Kami dulu hanya tahan dalam tin tin buruk di tepi tepi parit, memang banyak ikan lagasiamyang masuk. Kemudian bela dalam botol kicap kaca atau botol air cap badak yang putih tu.
Kalau nak cari dalam hutan nipah tu memang senang, tengok ada buih ikan dalam celah celah pokok nipah tu, memang dia la. Kalau buih putih maknanya dia baru masuk, tapi kalau buih tu macam berkarat dia memang dah lama duduk dalam celah nipah tu. Tapi nak cari dalam hutan nipah nie agak bahaya sebab banyak ular, ular senduk pun ada, kadang kadang silap gagau kena sepit dengan ketam. Memang agak bahaya kalau nak cari ikan pelaga siam dalam hutan nipah. Jadi untuk selamat, geng kami tahan tin buruk untuk cari ikan pelagasiamnie demi untuk keselamatan.
Setiap hari ikan laga nie mesti kena bagi makan sebab dah belakan. Ikan laga siam nie kalau nak cantik dan kuat kami bagi makan anai anai atau telur semut,memang power dan kembang dan warna dia pun cantik. Tapi susah la sikit nak cari makanan pada masa tu. Ikan laga siam masa tu tak makan dedak ikan macam sekarang nie sebab dia tak lalu. Lagi satu kalau anai anai dan telur semut habis, saya akan bagi dia makan isi ikan kembong goreng, tapi masalahnya air dia akan cepat berminyak dan perlu selalu di tukar. Jadi memang selalu kena cari sumber makanan asli dia.
Musuh utama ikan laga siam ini ialah cicak, cicak suka sangat makan ikan nie. Cicak nie akan pancing dengan ekor dia, tengok tengok esok dah hilang sekor. Jadi untuk selesaikan masalah tersebut, mulut botol tersebut terpaksa di tutup dengan plastik dan diikat dengan getah, dan buat lubang lubang kecil dengan lidi penyapu untuk bagi oksigen kat ikan tu, kalau tak buat lubang mati ikan tu nanti.
Tapi lagi terukkan nak cerita kat sini, geng tua tua yang kaki judi lagi teruk, diaorang bela ikan lagasiam nie untuk bertaruh. Mereka bertaruh duit untuk lawan ikan laga nie. Sampai tahap berjudi, dah la seksa ikan, berjudi lagi, tambah lagi dosa. Kami hanya main suka suka tanpa duit, tapi diaorang lagi teruk sampai berjudi. Kami masa tu budak budak lagi mana boleh nak berfikir lagi, tapi diaorang dah tua pun tak boleh nak fikir..
Tapi sekarang nie tengok budak budak kat kampong pun dah tak main ikan laga siam nie, mereka dah tak minat macam budak budak dulu. Kalau ada yang minat pun pergi beli kat kedai ikan hiasan, mana mencabar macam tu. Tak sama macam dulu lagi, kalau cuti kami ramai ramai berkumpul untuk bersama-sama tanding ikan laga siam nie. Tapi main senyap senyap jer, takut kena halau dengan orang tua. Budak budak sekarang lebih suka jalan jalan naik motor keliling kampong atau main game atau internet kat umah. Zaman memang dah berubah sangat sangat. Dulu ada buku cerita masa sekolah rendah cerita tentangikan laga siam nie, saya antara yang pinjam buku tu untuk baca hehehe…

Thursday 5 January 2012

ikan laga

Sambungan dari entri yang lepas yang mana lebih kepada ciri-ciri ikan laga. Baka-baka ikan laga ada banyak jenis sebenarnya, contohnya varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar.
Kenapa ikan laga mendapat sambutan??
Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
Harga seekor ikan laga??
Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.
Penjagaan secara komersial agak rumit.
Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun,  tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
ikan laga bertelur, proses mengawan ikan laga, ikan laga bersenyawa
Ketika proses bertelur!
Cara penjagaan dalam proses  pembiakan:
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya melekat  pada substrat seperti akar tanaman, daun-daun atau serabut rapia.
Langkah-langkah yang perlu diketahui :
  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan antara induk jantan dan induk betina dan diberi makan yang cukup selama 4 s.d. 5 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman tempat pemijahan (toples, aquarium, ember, baskom) yang telah diberi tanaman air (eceng gondok atau serabut rapia dengan kedalaman air ± 25 cm).
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur menempel pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya.
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan karena masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan kutu air yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi kutu air tanpa disaring.
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan.
Peringatan:
  1. Jangan meletakkan apa – apa batu di dalam tangki mengawan.
  2. Tumbuhan amat penting.
  3. Selepas mengawan, ikan jantan ini akan menghalau ikan betina dari sarang – sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina dibawa keluar dari tangki tersebut
  4. Selepas anak ikan berenang bebas , keluarkan ikan jantan dari tangki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tangki mengawan itu.
Kalau nak tengok cara penjagaan ikan laga (untuk proses bertelur) di video bawah ini.
Nah, anda dah boleh ternah ikan laga dah nie. Cumanya, kita tak pasti dari segi penyakit dan masalah-masalah lain. (mungkin entri akan datang, kena buat lagi lah tue).
Apapun semuanya banyak memerlukan modal yang agak besar untuk membuat penternakan ikan laga ini. Aspek yang perlu dikira ialah makanan, tempat tinggal, air,  dan juga suhu yang sesuai. Apapun, jika sudah ada ilmu yang cukup, analisis yang lengkap dan juga kerjasama dengan beberapa pihak. Teruskan sahaja usaha anda.

ciri-ciri ikan laga

ikan lagam, gambar ikan laga, ada apa dengan ikan laga, mitos ikan laga,
Nama saintifik ikan laga.
Ikan ini disebut dalan bahasa latinnya adalah Betta splendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher). Nama ikan laga, kerana ikan ini kalau ditemukan dalam 1vs1, ikan ini akan bergaduh sesama sendiri. Kesian aku tengok ikan ini kalau digaduhkan macam ayam laga, jangan dibuat macam itu lah ya.
Mitos/Lagenda ikan laga di Negara Siam.
Betta Fish adalah dikatakan telah dapat nama dari satu suku-sakat purba pahlawan-pahlawan Asia memanggil “Bettah.” Ikan ini telah diberikan nama betta dari pahlawan-pahlawan kerana kira-kira 150 tahun lepas rakyat menikmati menyertai dalam satu sukan terkenal yang menceburi pergaduhan dua daripada ikan pahlawan ini. (Malah, sukan sungguh popular yang ia telah diatur dan disukai oleh Raja Siam!).
Satu perkara yang menarik tentang pergaduhan ikan ini adalah, tidak  sama seperti ayam jantan atau pergaduhan anjing di barat sana, pada pertandingan-pertandingan ikan pelaga Siam, pertandingan sebenar adalah lebih mengukur keberanian ikan itu, daripada satu pergaduhan melihat berapa luka yang teruk oleh ikan itu atau sehingga mati salah satu ikan itu. Penonton-penonton bertaruh pada berapa lama satu ikan tertentu akan memperjuangkan , dan yang satu akan melepaskan pertama.
(Malah, kebanyakan ikan hanya akan digunakan untuk sekali atau dua  kalau mati sekali jerla , dan kemudian akan dibela atau dibuang begitu sahaja untuk persenyawaan. ) Kalau mati, beli yang baru. Sehingga hari ini, sukan itu masih ada di negara siam. Malaysia pun ada, tapi pandai-pandailah tanggung ya.
Info ikan laga:
Nama saintifik: Betta Splendens
Nama lain: Betta
Pengkelasan/Keluarga: Belontiidae
Boleh didapati : Cambodia, Thailand
Saiz Dewasa: 3 inches (7 cm)
Kehidupan sosial: Jantan sama jantan jangan diletakkan dalam satu balang, nanti gaduh!
Jangka hayat: 2-3 tahun
Diet/Pemakanan: Emping, keropok ikan (bulat2), serangga, alga.
Cara menetas/pembiakan: Buih-buih seperti buih sabun jumlah yang banyak (seperti telur katak)
Tahap untuk membela: Sangat mudah dijaga. Tidak perlu letak oksigen macam ikan kelisa, dan ikan emas yang sangat manja.
pH yang sesuai: 6.8 – 7.4
Suhu: 75-86 F bersamaan (24-30 C)
Ikan ini juga dibuat untuk perhiasan dalam akarium yang orang cina kebanyakkanya percaya dengan “ong” atau fengshui.  Negarakita, Malaysia juga banyak ikan laga ini dikomersialkan di pasaran tempatan dan juga pasaran luar negara.